Skip to content

Kami merupakan sebuah kesatuan pelajar dan organisasi yang dipimpin oleh pelajar serta bebas sepenuhnya dari Universiti danKerajaan United Kingdom.
Kami ditubuhkan untuk mewakili kepentingan anda sebagai pelajar di Imperial College London. Walaupun kami beroperasi secara bebas daripada Imperial College London dan merupakan sebuah badan Kebajikan yang bukan berasaskan keuntungan, kami bekerjasama rapat dengan pihak Universiti untuk mencapai matlamat-matlamat kami.
Ketahui lebih lanjut tentang matlamat dan strategi kami di sini.

Siapakah kami?

Siapakah yang memimpin Imperial College Union (ICU)?

Lima orang pelajar Imperial College London yang dipilih secara demokratik memimpin ICU.

Mereka mengambil cuti setahun daripada pengajian dan menjadi kakitangan sepenuh masa yang dikenali sebagai Officer Trustees. Terdapat empat orang Timbalan Presiden (Pendidikan, Kewangan dan Perkhidmatan, Kelab Persatuan & Projek, dan Kebajikan), yang diketuai oleh Presiden Kesatuan.

Officer Trustees disokong oleh pasukan kakitangan profesional sepenuh masa dalam menerajui kesatuan. Bersama-sama, mereka melaksanakan objektif Officer Trustees dan strategi organisasi bagi memastikan pengalaman terbaik untuk para pelajar Imperial College London.

Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana kesatuan beroperasi di sini.

Bagaimanakah kami mewakili anda?

Melalui pilihan raya dan perwakilan pelajar!
Wakil Pelajar berperanan untuk menambah baik pengalaman pelajar dan menyuarakan pandangan pelajar dalam kohort mereka kepada pihak universiti.
Ketahui lebih lanjut tentang perwakilan di sini dan seterusnya pada halaman ini.

Wakil Akademik dan Kesejahteraan

Wakil Akademik dan Kesejahteraan ialah rujukan utama anda sekiranya anda mempunyai isu sepanjang pengajian atau memerlukan sokongan. Terdapat wakil di peringkat tahun, jabatan dan fakulti bagi memastikan pandangan unik setiap kohort diwakili dengan baik.

Wakil Pelajar bekerjasama dengan kakitangan universiti untuk mengumpulkan maklum balas daripada pelajar sepanjang tahun. Mereka juga dijemput ke Forum Perwakilan, di mana mereka boleh saling bertukar idea dengan Wakil Pelajar yang lain dan secara aktif berusaha melaksanakan dasar-dasar dalam universiti.

Penafian: Struktur perwakilan bagi pelajar prasiswazah dan pascasiswazah adalah sedikit berbeza, namun kedua-duanya masih berasaskan struktur tahun pengajian (atau kursus MSc/MRes), jabatan dan fakulti. Bagi pelajar pascasiswazah,terdapat pegawai yang dikenali sebagai Academic and Welfare Officers (AWOs) serta seorang Representation Chair yang menyelaras dan mengumpulmaklum balas dari semua AWO.

Pegawai Pembebasan dan Komuniti (LCOs)

Terdapat 10 Rangkaian Pembebasan & Komuniti yang dikendalikan oleh pelajar yang mengenal pasti diri dengan, menjadi sekutu kepada, atau berminat dengan kumpulan tersebut. Rangkaian ini menganjurkan kempen, membina komuniti dan menyediakan sokongan kepada rakan-rakan pelajar.

10 pegawai tersebut ialah:

  • Pegawai Hal Ehwal Etnik Minoriti
  • Pegawai LGBTQ+
  • Pegawai Kesihatan Mental
  • Pegawai OKU (Orang Kurang Upaya)
  • Pegawai Etika dan Alam Sekitar
  • Pegawai Kesaksamaan Jantina
  • Pegawai Antara Agama
  • Pegawai Antarabangsa
  • Pegawai Kelas Pekerja
  • Pegawai Pelajar Terasing dan Berpengalaman Penjagaan (EaCES)

Menjadi Seorang Wakil

Anda mempunyai tiga pusingan pilihan raya untuk melibatkan diri sama ada dengan bertanding atau mengundi!

Terdapat pelbagai peranan yang boleh ditandingi dalam setiap pusingan pilihan raya. Pilihan raya utama di mana wakil pelajar kanan dipilih berlangsung semasa Pilihan Raya Kepimpinan tahunan pada bulan Mac.

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan raya di sini.

Di luar bilik kuliah…

Kami mempunyai lebih daripada 340 kelab dan persatuan yang boleh anda sertai!

Anda boleh menghubungi kelab secara terus jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang aktiviti mereka. Ada sesuatu untuk semua orang - dari Mahjong ke Fiksyen Sains hinggalah kelab sukan dan terjun payung. Jika anda masih belum menemui minat yang sesuai, anda sentiasa boleh memulakan sesuatu yang baharu.

Ingin membantu menguruskan sebuah persatuan? Menyertai jawatankuasa ialah cara terbaik untuk memupuk kemahiran profesional anda sambil menyumbang kepada pengalaman ahli lain!

Lihat semua kelab dan persatuan kami.

Bagaimana kami boleh membantu anda?

Perkhidmatan Nasihat kami adalah sulit, percuma dan bebas daripada universiti!

Jika anda menghadapi masalah berkaitan pengajian, tempat tinggal, atau memerlukan sokongan untuk menghadapi proses tatatertib atau aduan universiti dan kesatuan — Perkhidmatan Nasihat akan sedia membantu anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Nasihat.

Apa lagi yang kami lakukan?

Bagi menambah baik pengalaman pelajar, kami juga menganjurkan pelbagai acara sepanjang tahun, di samping mengendalikan beberapa bar pelajar dan kedai barangan rasmi.

Dariacara muzik pelbagai pentas hingga bengkel kreatif dan pelbagai aktiviti lain, kami berusaha memastikan pengalaman sosial anda sentiasa disokong sepanjang tempoh anda di universiti. Terdapat juga pelbagai ruang untuk anda berehat selepas kelas bersama rakan, menikmati makanan dan minuman, menonton sukan secara langsung atau sekadar bersosial!

Sebagai badan kebajikan bukan berasaskan keuntungan, setiap perbelanjaan anda di premis dan acara kami akan disalurkan semula untuk menambah baik perkhidmatan kesatuan.

Ketahui lebih lanjut tentang premis dan kedai kami.